Monday, March 9, 2009

PENGGANGKUTAN AWAM DI SIBU

TERMINAL BAS

Terminal ini di buka pada akhir Disember 2003, untuk menampung dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. Ia menggantikan perhentian bas lama di Jalan Tapang, Sg. Antu. Perhentian ini menawarkan perkhidmatan penggangkutan dari Sibu ke semua perhentian di bandar-bandar utama di Sarawak seperti Sibu-Sarikei-Sri Aman-Kuching yang menghala sebelah barat daya dari Sibu. Dari Sibu ke Bintulu dan Miri di sebelah timur laut. Ia juga menawarkan perkhidmatan hingga ke Pontianak, Kalimantan melalui Kuching.

Perkhidmatan penggangkutan ini di tawarkan oleh berbagai syarikat yang sentiasa beroperasi 24 jam setiap hari.

Selain itu, perkhidmatan penggangkutan berhampiran dengan Terminal Express Sibu juga yang terletak berhampiran dengan Jeti Bot Express dan Pasar Besar Sibu, menawarkan perkhidmatan di sekitar bandar Sibu dan lain-lain kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya.

TERMINAL EXPRESS SIBU

Salah satu perkhidmatan alternatif selain dari terminal bas yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke bandar-bandar utama Sarawak, terdapat juga penggangkutan bot-bot express yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya seperti Durin, Kanowit, Song, Kapit, Belaga, Tg. Manis dan Dalat.

Perjalanan dari Sibu mengambil masa di antara 2 hingga 4 jam bergantung kepada kedudukan tempat-tempat yang di tujui.

Dengan masa yang agak lama di dalam perjalanan, anda pasti akan terpesona melihat keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan anda di setiap destinasi.

No comments:

Post a Comment