Saturday, January 31, 2009

Mukah

MUKAH

Bandar Mukah adalah bandar utama bagi Daerah Mukah dan merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan bagi kawasan-kawasan yang sekitarnya. Ia terletak lebih kurang 175 km dari Pusat Bandar Sibu.

Pekan-pekan kecil yang menjadi nadi penggerak kepada kepesatan bandar Mukah meliputi pekan Balingian di sebelah timur, Oya, Dalat, Matu dan Daro di sebelah barat daya Mukah. Keseluruhan kawasan terletak di tepi pantai Laut Cina Selatan sepanjang 200 km.

Keluasan keseluruhan Daerah Mukah adalah 6,997.61 kilometer persegi dengan penduduk seramai 103,671 orang (Bancian 2000). Penduduknya terdiri dari kaum Iban, Melanau, Melayu, Cina dan sebahagian kecil dari kaum Bidayuh, Kayan, Kelabit dan Murut.

Hasil pengeluaran utama bagi kawasan-kawasan ini adalah pertanian, perikanan, perkilangan, pembuatan dan pelancungan. Ia berpotensi menjadi pengeluar utama kelapa sawit, rumbia dan lada hitam. Dalam sektor perkilangan, selain dari kilang sago, ia juga kini sedang giat menjalankan aktiviti pengeluaran batu arang yang utama di Sarawak.

Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk di kunjungi seperti Lamin Dana, Taman Pedada, Taman Rekeasi Paya Gambut, River Cruise, Boulevard Setia Raja, Menara Pemerhati LCDA dan Rumah Panjang Melanau, Kampung Sok, Matu.

Disamping itu juga tidak ketinggalan dengan acara yang unik setiap tahun yang di namakan Pesta Kaul oleh kaum nelayan Melanau. Acara ini berlangsung di tepi pantai dan menjadi acara rasmi bagi Daerah Mukah. Bagi menarik pelancung, acara ini telah di adaptasikan dengan kepelbagaian aktiviti yang menarik dengan persembahan kebudayaan, nyanyian, tarian, serta mempamirkan gerai-gerai yang bercirikan kebudayaan etnik tempatan.

Mukah kini sebahagian dari perancangan SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy) yang akan memberi banyak manfaat kepada kepada penduduk tempatan untuk menjana pembangunan infra struktur dan sumber pendapatan ekonomi Kawasan yang terlibat ini adalah Bintulu, Mukah, Tanjong Manis dan Simalajau. Ia meliputi kawasan 320 km sepanjang pantai dan kawasan pendalaman dengan jumlah keseluruhan 70.709 kilometer persegi.

Bandar-bandar utama yang terlibat secara langsung dalam projek mega ini adalah Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei dan Kapit. Jumlah kependudukan keseluruhan adalah sebanyak 607,800 orang.


No comments:

Post a Comment