Saturday, January 31, 2009

Mukah

MUKAH

Bandar Mukah adalah bandar utama bagi Daerah Mukah dan merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan bagi kawasan-kawasan yang sekitarnya. Ia terletak lebih kurang 175 km dari Pusat Bandar Sibu.

Pekan-pekan kecil yang menjadi nadi penggerak kepada kepesatan bandar Mukah meliputi pekan Balingian di sebelah timur, Oya, Dalat, Matu dan Daro di sebelah barat daya Mukah. Keseluruhan kawasan terletak di tepi pantai Laut Cina Selatan sepanjang 200 km.

Keluasan keseluruhan Daerah Mukah adalah 6,997.61 kilometer persegi dengan penduduk seramai 103,671 orang (Bancian 2000). Penduduknya terdiri dari kaum Iban, Melanau, Melayu, Cina dan sebahagian kecil dari kaum Bidayuh, Kayan, Kelabit dan Murut.

Hasil pengeluaran utama bagi kawasan-kawasan ini adalah pertanian, perikanan, perkilangan, pembuatan dan pelancungan. Ia berpotensi menjadi pengeluar utama kelapa sawit, rumbia dan lada hitam. Dalam sektor perkilangan, selain dari kilang sago, ia juga kini sedang giat menjalankan aktiviti pengeluaran batu arang yang utama di Sarawak.

Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk di kunjungi seperti Lamin Dana, Taman Pedada, Taman Rekeasi Paya Gambut, River Cruise, Boulevard Setia Raja, Menara Pemerhati LCDA dan Rumah Panjang Melanau, Kampung Sok, Matu.

Disamping itu juga tidak ketinggalan dengan acara yang unik setiap tahun yang di namakan Pesta Kaul oleh kaum nelayan Melanau. Acara ini berlangsung di tepi pantai dan menjadi acara rasmi bagi Daerah Mukah. Bagi menarik pelancung, acara ini telah di adaptasikan dengan kepelbagaian aktiviti yang menarik dengan persembahan kebudayaan, nyanyian, tarian, serta mempamirkan gerai-gerai yang bercirikan kebudayaan etnik tempatan.

Mukah kini sebahagian dari perancangan SCORE (Sarawak Corridor of Renewable Energy) yang akan memberi banyak manfaat kepada kepada penduduk tempatan untuk menjana pembangunan infra struktur dan sumber pendapatan ekonomi Kawasan yang terlibat ini adalah Bintulu, Mukah, Tanjong Manis dan Simalajau. Ia meliputi kawasan 320 km sepanjang pantai dan kawasan pendalaman dengan jumlah keseluruhan 70.709 kilometer persegi.

Bandar-bandar utama yang terlibat secara langsung dalam projek mega ini adalah Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei dan Kapit. Jumlah kependudukan keseluruhan adalah sebanyak 607,800 orang.


Sunday, January 18, 2009

Bandar Sibu

SEMBANG-SEMBANG BLOG-IN TOUCH

APA KATA JIKA ANDA BERTUGAS DI SIBU SARAWAK

BANDAR SIBU
PENGALAMAN DI SIBU, SARAWAK

Selamat pengenalan kepada anda semua. Saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda terutama kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke Sibu, Sarawak. Namun saya hanya dapat memaparkan sebahagian kecil sahaja di sini. Itu pun untuk pengenalan secara ringkas yang dapat saya utarakan.

Bagi mereka yang berhajat untuk berkhidmat di Sarawak, jangan lah merasa gusar atau was-was untuk berhijrah ke sini. Memang pada mulanya mungkin ada tentangan juga dari keluarga atau kawan-kawan yang mengatakan sesuatu yang tidak memberangsangkan. Anggaplah ia semata-mata untuk menjadi penghalang kepada hasrat anda. Tetapi jika anda pikir-pikirkan, perkara yang mereka utarakan itu boleh berada dimana-mana jua. Di tempat kita pun lebih kurang juga. Tah ke lebih lagi. Mungkin di tempat orang ada juga kelebihan dan ada juga kekurangannya. Biasa lah tu. Yang penting anda harus tahu menjaga diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.


Bandar Sibu terletak di dalam Daerah Sibu, yang berkeluasan 229.8 kilometer persegi. Ia terletak lebih kurang 60 dari pantai laut dan di pertemuan antara Sungai Rajang dan Sungai Igan. Penduduknya di dominasi oleh orang-orang cina yang berkuturanan Foo Chow dan sebagainya, di ikuti oleh kaum Iban, Orang Ulu, Melanau dan Melayu. Jumlah penduduk di anggarkan lebih kurang 255,000.

Kini Sibu sedang pesat membangun dan terdapat banyak bangunan-bangunan awam di dirikan. Di Sibu, terdapat sebuah bangunan yang merupakan bangunan yang tertinggi di Sarawak. Ia di namakan Wisma Sanyan dan mengandungi pejabat-pejabat, lot-lot perniagaan seperti Parkson, Giant dan sebagainya. Di antara shopping kompleks di sekitar bandar Sibu yang sentiasa di kunjungi adalah Premier Departmental Store, Medan Mall, Kin Orient Plaza (Sing Kwong), Farley, Delta Mall, Daisim, Star Mega Mall dan banyak lagi.

Masalah tempat tinggal bukan menjadi penghalang kerana terdapat banyak hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan, kawasan-kawasan perumahan sama ada di sekitar bandar, perkampongan dan di pinggir-pinggir bandar. Anda boleh membuat pilihan sesuai dengan kehendak dan cita rasa anda.

Saban tahun, Bandar Sibu di banjiri oleh penduduk-penduduk tempatan mahu pun dari luar bagi menyaksikan Pesta Kebudayaan Borneo yang berlangsung selama beberapa hari, dengan di penuhi acara nyanyian dan pertunjukan kebudayaan dari berbagai-bagai etnik sama ada dari dalam dan luar negara. Selain itu terdapat juga gerai-gerai perniagaan yang menjual perlbagai barangan serta makanan-makanan kaum-kaum etnik tempatan.